loading...
Lelaki yang mengala
mi masalah cacat penglihatan akhirnya dapat melihat wajah isteri tercinta selepas menjalani prosedur pembedahan mata dengan menggunakan giginya sendiri.
John Ings, 72 tahun mengalami masalah penglihatan dan seringkali menyifatkan penglihatannya seperti ‘tingkap yang kotor’. Tetapi, berkat bantuan pakar oral dan maxillofacial iaitu Dr.Shannon Webber dan pakar bedah oculoplastic, Dr Greg Moloney, John Ings kini berjaya melihat semula.
John Ings yang mengalami masalah penglihatan selama 16 tahun sangat teruja untuk melihat semula isteri tercinta, Berry
“Saya tidak sabar untuk melihat Berry semula. Adakah dia masih cantik seperti dahulu?” ujar Ings kepada 60 Minutes.
Pembedahan tersebut melibatkan sebanyak empat sesi dan beberapa hari selepas sesi pembedahan terakhir, balutan pada matanya dibuka untuk menguji penglihatan lelaki itu.
Video yang sangat menyentuh hati ini dirakam oleh 60 Minutes menunjukkan detik bersejarah apabila John Ings melihat semula isterinya buat pertama kali setelah sekian lama.
John Ings telah menjalani pembedahan terkini yang dikenali sebagai osteo-odonto kerato-prosthesis di mana pembedahan ini memerlukan penggunaan lensa yang diletakkan pada giginya dan dipasang pada mata.
Berry dilihat saling berpelukan dengan suaminya dan mereka kelihatan sangat gembira dengan berita baik itu. Berry kemudian bertanya kepada suaminya mengenai apa yang dia lihat. Jawapan yang diberikan oleh suaminya mungkin pendek tetapi cukup membuatkan Berry bahagia – “Menawan”.
Prosedur pembedahan yang sangat mengagumkan ini melibatkan proses memasukkan lensa pada salah satu batang giginya yang kemudiannya diletakkan pada bahagian pipinya.
Gigi Ings telah diekstrak dan diletakkan pada bahagian pipi untuk membolehkan pertumbuhan tisu di sekeliling gigi tersebut. ia kemudiannya dijahit pada mata Ings.
Lensa diletakkan pada gigi sebelum dijahit pada matanya bagi menggantikan lensa mata yang telah rosak.
Doktor telah memasukkan gigi tersebut ke dalam matanya bagi menggantikan kornea sebelum yang buta. Sebahagian kulit daripada mulutnya juga telah diambil dan diletakkan di atas kornea untuk menutupnya. Ia kemudian dibelah untuk membolehkan lensa baru tersebut berfungsi.
Pembedahan ini merupakan pembedahan yang pertama dijalankan di Australia. Pada asalnya, mata kanan Ings telah pun rosak akibat kemalangan ketika kecil. Walau bagaimanapun, hal ini telah memberi kesan kepada mata kirinya yang beransur-ansur mengalami kekaburan penglihatan akibat virus herpes simplex.
“Penglihatan saya menjadi semakin teruk semenjak 16 tahun lepas dan saya langsung tidak melihat apa-apa pada mata kanan dan kiri,” ujar John Ings kepada Goulburn Post.
Menurut laporan The Daily Telegraph, selepas kejayaan pembedahan tersebut, seorang lagi wanita dalam lingkungan usia 50-an, Leonie Garrett juga menjalani prosedur pembedahan yang sama dan kini berjaya melihat semula. Malahan, penglihatannya menjadi dua kali ganda lebih baik daripada sebelumnya.
Walaupun berpeluang untuk melihat semula, Ings telah menyampaikan nasihat kepada para penonton dengan menyatakan bahawa betapa mudahnya untuk mengambil ringan terhadap penglihatan mata sehingga akhirnya menjadi buta.
“Anda perlu kehilangan penglihatan baru anda akan betul-betul menghargainya”.
Sumber: Daily Mail
loading...
0 Response to "Detik bersejarah bagi seorang lelaki buta setelah menjalani pembedahan memasukkan sesuatu benda ke dalam mata"
Post a Comment