loading...
Berapa ramai di antara kita yang sangat menyayangi haiwan dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat membela haiwan peliharaan masing-masing?
Lelaki ini sanggup melakukan apa sahaja demi anak kucing yang disayanginya. Disebabkan oleh kasih sayang tidak terhingga, dia terpaksa dibawa ke muka pengadilan selepas terlibat dalam satu pergaduhan untuk membela anak kucing tersebut.
Sumber: Pets Corner
Liew Toh Choon, 30 tahun tinggal bernama kakaknya yang berusia 36 tahun, Mei Yi di Bandar Tasik Selatan. Toh Choon membela seekor anak kucing sebagai peneman tetapi dihalang oleh kakaknya.
Perkara ini telah mencetuskan pergaduhan di antara kedua-duanya dan Toh Choon cuba untuk memukul kakaknya dalam pertengkaran tersebut. Masih berasa tidak puas hati, Toh Choon telah melepaskan amarahnya dengan memecahkan lampu kereta kakaknya dengan menggunakan sebatang besi sebagai balasan kerana menendang kucing kesayangannya ke luar rumah.
Sumber: s3.amazonaws.com
Menurut laporan The Star, insiden tersebut berlaku pada malam 14 April. Mahkamah majistret telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000 kepada Toh Choon selepas dia didapati bersalah kerana mengakibatkan kerosakan kepada kereta kakaknya.
DPP Ezrene Zakariah berkata hukuman yang dikenakan ke atas Toh Choon wajar dijadikan sebagai pengajaran di mana dia perlu belajar untuk mengawal emosinya dengan lebih baik.
Sumber: Kitten Toob
Toh Choon bagaimanapun dikatakan akan mengemukakan rayuan untuk mengurangkan denda tersebut memandangkan dia masih lagi tidak bekerja.
Kasihan! Kerana kucing Toh Choon didenda
Sumber: World of Buzz
Era Baru
loading...
0 Response to "Kerana cuba mempertahankan anak kucingnya, lelaki ini dihadapkan ke mahkamah dan denda RM1,000"
Post a Comment