Kisah hidup pasangan kembar yang berkongsi satu badan. Kelahiran yang ajaib dalam berjuta!

loading...



Semangat hidup yang kuat! 👍👍👍
Kembar luar biasa ini akan menempuhi perjalanan hidup yang lebih mencabar memandangkan mereka akan memasuki fasa dewasa. Kini, mereka sedang berusaha untuk saling bertoleransi dan bekerja bersama-sama sebagai dua individu tetapi di dalam satu badan yang sama.
Berkongsi dunia yang sama, mereka melalui pelbagai peristiwa suka-duka dan meluangkan masa secara bersama di dalam kehidupan yang sangat unik!
Pasangan kembar Abigail dan Brittany merupakan kembar siam dengan keadaan yang dipanggil sebagai Dicephalic Parapagus. Mereka dilahirkan dalam keadaan berkongsi satu tubuh yang sama dan dipercayai hanya mampu hidup untuk beberapa jam sahaja.
Bagai satu keajaiban, kembar ini berjaya meneruskan hidup sehingga kini walaupun melalui pelbagai jenis rintangan dan halangan.
Menjelang usia mereka 22 tahun, Abby dan Brittany telah kongsikan kisah hidup mereka kepada dunia dalam siri rancangan realiti televisyen tentang fasa seterusnya di dalam kehidupan mereka.
Di dalam rancangan realiti tersebut, akan ditayangkan mengenai transisi daripada menjadi pelajar kepada pekerja profesional dan juga detik-detik pengembaraan mereka bersama sahabat handai ke serata Eropah.
Abby dan Brittany sedang membuat perancangan untuk memaparkan sebahagian kehidupan mereka dalam satu rancangan televisyen.
Satu dalam berjuta: Pasangan kembar siam ini percaya hanya segelintir kembar siam berjaya hidup.
Dalam episod pertama memaparkan detik apabila pasangan kembar ini meraikan hari graduasi di Universiti Bethel, Minnesota.
Bukan sahaja itu, episod pertama juga merakamkan peristiwa sambutan hari jadi yang ke-22 bagi Abby dan Brittany selain memperlihatkan persiapan yang dilakukan oleh mereka sebelum menghadapi sesi temuduga pekerjaan.
Abby dan Brittany mula-mula mendapat perhatian daripada pihak media pada tahun 1996 apabila mereka muncul di dalam rancangan The Oprah Winfrey Show dan juga menjadi wajah hadapan pada Life Magazine.
Kemudian, mereka menjalani kehidupan seperti biasa bersama keluarga di Minnesota. Jauh daripada tumpuan media, mereka sibuk dengan kehidupan peribadi dikelilingi dengan keluarga, rakan-rakan, hubungan sosial, pelajaran dan sebagainya. Sehinggalah mereka membuat keputusan dan bersetuju untuk membuat kemunculan dalam sebuah dokumentari bagi stesen televisyen TLC ketika berumur 16 tahun dikenali sebagai  ‘Abby and Brittany’.
Kembar siam, Abigail dan Brittany Hensel kini memiliki rancangan televisyen mereka sendiri.
7 Mac 1990, saat mereka dilahirkan di Minnesota, doktor telah membuat satu berita yang menghampakan bagi ibu bapa tentang kenyataan bahawa bayi kembar tersebut tidak berjaya hidup lama. Akan tetapi, bayi ini adalah bayi yang kuat dan mereka berjaya.
Mereka juga belajar untuk mengadaptasi citarasa serta personaliti masing-masing. Abigail, seorang yang sangat energetik dan aktif menggemari minuman jus oren pada waktu sarapan manakala Brittany merupakan seorang yang periang dan hanya gemar meminum susu.
Ketika berumur 16 tahun, mereka lulus ujian memandu di mana kedua-duanya menggunakan tangan masing-masing untuk mengawal kenderaan
Walaupun berkongsi satu badan yang sama, masing-masing memiliki dua tulang belakang, dua jantung, dua perut, tiga buah pinggang, dua pundi kencing, empat paru-paru, satu hati dan satu tulang rusuk.
Walau bagaimanapun, mereka berkongsi satu sistem saraf dan sistem peredaran darah menunjukkan betapa luar biasanya kembar ini!
Selain itu, dari paras pinggang ke bawah, mereka berkongsi semua organ termasuklah usus dan organ reproduksi. Abby dan Brittany juga berjaya mengagumkan para doktor dengan keupayaan mereka untuk menyeragamkan pergerakan masing-masing dalam bermain piano dengan baik.
Mereka turut gemar melibatkan diri dalam aktiviti sukan seperti boling, bola tampar, berbasikal, berenang dan juga softball.
Mereka menghadiri sekolah gereja swasta di mana mereka sangat disayangi dan diberikan layanan sama rata daripada rakan-rakan.
Walaupun dilahirkan sebagai kembar, mereka memiliki personaliti yang berbeza. Mereka mempunyai baju yang dijahit khas dengan dua garis leher berlainan bagi menggambarkan gaya masing-masing.
Mereka juga memiliki beberapa pasang seluar dengan dua warna berlainan pada setiap bahagian kaki dan akan memakai kasut yang berlainan mengikut citarasa mereka.
Statistik menunjukkan hanya satu daripada 40,000 bayi dilahirkan sebagai kembar siam tetapi hanya sebanyak 1% daripadanya berjaya hidup melebihi tempoh setahun.
Abby dan Brittany pernah menjalani pembedahan untuk membuang tangan ketiga yang tumbuh di dada mereka ketika masih bayi. Pada usia 12 tahun, mereka sekali lagi menjalani pembedahan untuk membetulkan tulang belakang serta meningkatkan kapasiti dada bagi mengelakkan kesukaran pernafasan pada masa hadapan.
Kedua-duanya mempamerkan keseragaman yang menakjubkan dalam menggunakan tangan masing-masing untuk bermain piano dan juga bersukan.
Ibu mereka, Patty langsung tidak mengetahui bahawa dia mengandungkan anak kembar sehingga diberitahu oleh pihak hospital bahawa dia telah melahirkan kembar siam.
“Sejak kali pertama saya melihat mereka, saya merasa mereka adalah bayi yang sangat cantik. Setiap kali mengambil mereka dari sekolah, saya akan memberikan dua ciuman dan satu pelukan kepada anak yang paling cantik di dunia ini”.
Walaupun Brittany (kembar kiri) tidak boleh merasai bahagian kanan badannya dan Abigail (kembar kanan) tidak mampu merasakan apa-apa pada bahagian kiri badannya, mereka mampu menggerakkan anggota badan masing-masing dengan seragam termasuklah ketika menaip emel pada komputer.
Selama mereka hidup, mereka juga melalui pelbagai tanggapan negatif daripada ramai orang yang tidak peka dengan keadaan mereka. Sebagai ibu bapa, Patty dan Mike sentiasa memberi sokongan dan kata-kata nasihat kepada anak mereka untuk mempunyai pendirian yang teguh.
Mereka turut mendidik anak-anak mereka dengan cara yang adil dan saksama. Sekiranya salah seorang bersalah, mereka hanya akan memarahi kembar yang bertanggungjawab terhadap kesalahan tersebut walaupun seorang lagi kembar terlibat secara sengaja atau tidak sengaja di dalam situasi tersebut.
Mereka boleh hidup bersama walaupun memiliki dua personaliti berbeza.
“Mereka jarang bergaduh. Kadangkala, mereka akan tolong menggaru bahagian badan yang tidak boleh dicapai oleh salah seorang kembar. Pernah terjadi satu peristiwa ketika Brittany sakit dan tidak mampu menelan ubatnya, Abigail menawarkan diri untuk meminum ubat tersebut dengan harapan dapat menyembuhkan kembarnya”.
“Mereka hanya pernah menyebut tentang pemisahan badan ketika Abby berasa bosan kerana Brittany sakit dan terpaksa berbaring sepanjang hari. Mendengarkan isu tersebut, Brittany menangis sekuat hati kerana tidak mahu berpisah dengan kembarnya. Abby memujuk dan mereka kembali bersama”.
Walaupun mengharungi pelbagai rintangan dalam hidup, kembar siam Abby dan Brittany sentiasa cuba untuk memastikan kebahagiaan masing-masing. Berkongsi segala perkara bersama-sama dan sikap toleransi yang tinggi wajar dicontohi oleh kita semua. Sememangnya dua individu yang unik!
Sumber: NTD Inspired
Era Baru
loading...

0 Response to "Kisah hidup pasangan kembar yang berkongsi satu badan. Kelahiran yang ajaib dalam berjuta!"

Post a Comment

Comments system

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close