【Video】Pengantin ini telah memakai gaun pengantin pusaka yang berumur 120 tahun semasa hari perkahwinannya!

loading...
【Video】Pengantin ini telah memakai gaun pengantin pusaka yang berumur 120 tahun semasa hari perkahwinannya!


Bagi sesetengah keluarga gaun perkahwinan adalah sesuatu yang sangat berharga dan menjadi harta warisan yang diwarisi daripada satu generasi ke generasi lain.
Perkara ini dikatakan dapat mengekalkan memori bahagia pengantin yang memakainya.
Secara praktikalnya, perkara ini adalah sesuatu yang sukar untuk ditemui lagi kini, tetapi seorang pengantin dari Pennslyvania, Amerika Syarikat telah memakai gaun pengantin warisan keluarga yang berusia 120 tahun.
Abby Kingston telah menunjukkan bagaimana gaun yang dipakainya telah digunakan oleh nenek moyangnya ratusan tahun dahulu sebelum dia memakainya.
Tradisi ini bermula pada 1895 apabila moyangnya, Marry Lowry Warren telah menggunakan gaun tersebut untuk pertama kalinya.
Walau bagaimanapun, anak perempuannya tidak berminat untuk menggunakan gaun tersebut pada hari perkahwinannya dan amalan tersebut telah terhenti selama 50 tahun.
Jane woodruff, 1946
Kredit: elitereaders
Amalan tersebut kemudian diteruskan oleh cucu Lowry dengan penuh semangat mahu menggunakan gaun tersebut semasa perkahwinannya dengan John Kearns pada 20 Februari 1946.
Virgina Woodruff, 1948
Kredit: elitereaders
Ketika ini gaun tersebut telah diubah sedikit dengan mengembangkan sedikit di bahagian pinggang, membuang rekaan tradisional korset yang terdapat pada gaun tersebut. Virginia telah berkahwin dengan Douglas MacConnel pada 13 Oktober 1948.
Sara Seiler, 1960
Kredit: elitereaders
Sara telah mengenakan gaun ini semasa perkahwinannya dengan Duncan Ogden. Gaun itu diubah sedikit mengikut gaya gaun klasik.
Laird MacConnell, 1976
Kredit: elitereaders
Dengan memakai gaun yang sama, Laird MacConnell telah berkahwin dengan Timothy Hensler pada 16 Oktober 1976.
Leslie Woodruff Kingston, 1977
Kredit: elitereaders
Ibu Abby telah menggunakan gaun warisan tersebut semasa mengahwini ayahnya, Richard T. Kingston Jr pada 6 Ogos 1977
Janet Kearns, 1982
Kredit: elitereaders
Janet Kearns telah berkahwin dengan Mark Daigle pada 30 Oktober 1982 dengan mengubah sedikit gaun tersebut dengan menambah kain renda untuk menutup kerosakan gaun tersebut selepas berpuluh tahun lamanya.
Jane Ogden, 1986
Kredit: elitereaders
Jane Ogdel telah berkahwin dengan James Houston pada 2 Jun 1986 tanpa menggunakan kelubung.
Virginia Kearns, 1989
Kredit: elitereaders
Virgina telah memakai kelubung yang labuh semasa perkahwinannya dengan Charles Stinnett pada 26 Ogos 1989.
Ann Ogden, 1991
Kredit: elitereaders
Ann Odgen telah mengubah gaun tersebut menjadi lebih moden dengan menggunakan mahkota ketika berkahwin dengan Robert Hausslein pada 4 Julai 1991.
Inilah kali pertama Abby melihat gaun perkahwinannya semasa dia berumur 5 tahun dan dia telah jatuh cinta akan gaun tersebut sejak pertama kali dia melihatnya. Dia mahu menggunakannya ketika hari perkahwinannya nanti.
Abby memakai gaun perkahwinan yang berusia 120 tahun…
Kredit: elitereaders
Kredit: dailymail
Abby dan ibunya telah menngunakan gaun perkahwinan yang telah digunakan dan dibaik pulih sepanjang 200 jam oleh Deborah LoPresti. Dia mengahwini Jason Curtis pada tahun lalu.
Era Baru
loading...

0 Response to "【Video】Pengantin ini telah memakai gaun pengantin pusaka yang berumur 120 tahun semasa hari perkahwinannya!"

Post a Comment

Comments system

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
#headlineatas { opacity:1.0; height:auto; width:auto; position:absolute; top:380px; left:85px; align:center; border-bottom:1px #005094 solid; border-bottom:0px blue solid; color:#333; padding:0px; z-index:1001; font-size:13px;}
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close